Tuesday, January 4, 2011

BAB 9 TINGKATAN 5

Sejarah Tingkatan 5

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA



1.     Apakah faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama? 

-       Kemunculan nasionalisme
-       Sistem pakatan negara-negara Eropah iaitu pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
-       Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi


2.     Mengapakah berlaku persaigan di kalangan kuasa-kuasa besar?

-       Membentuk lengkongan pengaruh masing-masing
-       Mendapatkan bahan mentah
-       Untuk memasarkan barangan siap


3.     Apakah faktor segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama? 

-       Pembunuhan Archduke Franz Ferdnand iaitu pewaris tahkta Austri-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia


4.     Nyatakan kesan politik Perang Dunia Pertama? 

-       Dari segi politik telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah


5.     Nyatakan kesan-kesan Perjanjian Versailles

-       Mengubah peta Eropah
-       Membentuk beberapa buah negara baru
-       Pembentukan Liga Bangsa


6.     Apakah tujuan penubuhan Liga Bangsa?

-       Untuk mengalakkan keamanan kerjasama antarabangsa
-       Menjamin keselamatan bersama


7.     Apakah kegagalan Liga Bangsa?

-       Gagal menjamin kesejahteraan dunia
-       Menghalang kuasa besar daripada melakukan pencerobohan


8.     Jelaskan kesan ekonomi dan sosial Perang Dunia Pertama

-       Negara-negara yang berperang mengalami inflasi dan berhutang peperangan yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar
-       Masalah inflasi dan pengganguran
-       Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
-       British kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya
-       Kehilangan nyawa yang begitu ramai


9.     Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua

-       Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang  Dunia Pertama
-       Perubahan politik yang berlaku di Jerman, Italy
-       Kemelesetan yang berlaku pada awal tahun 1930-an


10.  Apakah kesan perjanjian Versailles terhadap Jerman?

-       Pemimpin Jerman tidak berpuas hati
-       Jerman kehilangan tanah jajahannya
-       Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi
-       Jerman juga diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya