Tuesday, January 4, 2011

BAB 9 TINGKATAN 5

Sejarah Tingkatan 5

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA



1.     Apakah faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama? 

-       Kemunculan nasionalisme
-       Sistem pakatan negara-negara Eropah iaitu pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
-       Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi


2.     Mengapakah berlaku persaigan di kalangan kuasa-kuasa besar?

-       Membentuk lengkongan pengaruh masing-masing
-       Mendapatkan bahan mentah
-       Untuk memasarkan barangan siap


3.     Apakah faktor segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama? 

-       Pembunuhan Archduke Franz Ferdnand iaitu pewaris tahkta Austri-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia


4.     Nyatakan kesan politik Perang Dunia Pertama? 

-       Dari segi politik telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah


5.     Nyatakan kesan-kesan Perjanjian Versailles

-       Mengubah peta Eropah
-       Membentuk beberapa buah negara baru
-       Pembentukan Liga Bangsa


6.     Apakah tujuan penubuhan Liga Bangsa?

-       Untuk mengalakkan keamanan kerjasama antarabangsa
-       Menjamin keselamatan bersama


7.     Apakah kegagalan Liga Bangsa?

-       Gagal menjamin kesejahteraan dunia
-       Menghalang kuasa besar daripada melakukan pencerobohan


8.     Jelaskan kesan ekonomi dan sosial Perang Dunia Pertama

-       Negara-negara yang berperang mengalami inflasi dan berhutang peperangan yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar
-       Masalah inflasi dan pengganguran
-       Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
-       British kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya
-       Kehilangan nyawa yang begitu ramai


9.     Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua

-       Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang  Dunia Pertama
-       Perubahan politik yang berlaku di Jerman, Italy
-       Kemelesetan yang berlaku pada awal tahun 1930-an


10.  Apakah kesan perjanjian Versailles terhadap Jerman?

-       Pemimpin Jerman tidak berpuas hati
-       Jerman kehilangan tanah jajahannya
-       Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi
-       Jerman juga diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya

BAB 8 TINGKATAN 5

Sejarah Tingkatan 5

PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN



1.     Apakah tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan?

  • -       Untuk membasmi kemiskinan
  • -       Menyusun semula masyarakat tanpa kiraan kaum



2.     Apakah matlamat utama Rancangan Malaya Pertama?

  • -       Untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar dirapatkan
  • -       Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar
  • -       Mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah


3.     Apakah yang dimaksudkan dengan Rancangan Malaya Pertama dan terangkan bagaimanakah rancangan ini dilaksanakan? 

Maksud RMP
  • -       Rancangan pembangunan bersepadu yang memberikan penekanan dan perhatian yang serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam

Jelaskan kegiatan sektor ekonomi, sosial dan awam dalam Rancangan Malaya Pertama
Dalam sektor ekonomi:
  • -       Pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan
  • -       Penamaan semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan
  • -       Hasil keluaran pertanian dipelbagaikan
  • -       Perusahaan perlombongan diperluaskan

Dalam sektor sosial:
  • -       Pelbagai perkhidmatan diberikan seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan

Dalam sektor awam:
  • -       Infrastruktur balai polis, kem tentera, mahkamah, rumah kakitangan kerajaan disediakan


4.     Bagaimakaha Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan?

  • -       Dua agensi uatama kerajaan memainkan peranan iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)


5.     Nyatakan matlamat dan peranan RIDA dalam RMP

  • -       Matlamat RIDA ialah untuk membangunkan masyarakat luar bandar

 Peranan RIDA
  • -       Memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil
  • -       Membantu pemasaran hasil pertanian
  • -       Mengalakkan penyertaan orang Melayu dlaam sektor perniagaan
  • -       Membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur


6.     Nyatakan peranan FELDA dlaam Rancangan Malaya Pertama

  • -       Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
  • -       Meningkatkan hasil pertanian negara
  • -       Membuka tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian dan sebagai petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas


7.     Mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan?

  • -       Ancaman komunis
  • -       Sejumlah pembelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara
  • -       Kejatuhan harga bahan komuditi getah dan bijih timah di pasaran dunia


8.     Nyatakan tujuan Rancangan Malaya Kedua serta pelaksanaannya

  • -       Untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar
  • -       Mengurangkan kadar kemiskinan
  • -       Meningkatkan taraf hidup rakyat

Pelaksanaan dan penekanan Racangan Malaya Pertama
  • -       Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan
  • -       Mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
  • -       Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ditubuhkan
  • -       Memberi tumpuan penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran dan kesihatan
  • -       Menyediakan peluang pekerjaan diberi perhatian
  • -       Mewujudkan Bilik Gerakan Negara untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan peringkat negeri, daerah dan kampung
  • -       Pelancaran Buku Merah yang mengandungi program pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian


9.     Apakah yang anda faham tentang Rancangan Malaysia Pertama

  • -       Rancangan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia
  • -       Integrasi nasional menjadi tumpuan pertama
  • -       Semua program pembangunan memfocuskan kesejahteraan rakyat
  • -       Bersifat bersepadu
  • -       Merangkumi semua bidang ekonomi
  • -       Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian



10.     Jelaskan usaha-usaha yang telah dijalankan bagi menjayakan Rancangan Malaysia Pertama
  • -       Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat
  • -       Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FeLCRA) bagi membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar
  • -       RIDA telah digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • -       Bank Bumi Putera ditibuhkan untuk mengalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan
  • -       Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bagi menggiatkan bumiputera dalam bidang tersebut
  • -       Penubuhan MARDI bagi menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil pertanian kecuali getah
  • -       Penubuhan MIDA bagi pembangunan sektor perindustrian