Sejarah Tingkatan 5
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
1. Apakah faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama?
- Kemunculan nasionalisme
- Sistem pakatan negara-negara Eropah iaitu pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
- Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
2. Mengapakah berlaku persaigan di kalangan kuasa-kuasa besar?
- Membentuk lengkongan pengaruh masing-masing
- Mendapatkan bahan mentah
- Untuk memasarkan barangan siap
3. Apakah faktor segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama?
- Pembunuhan Archduke Franz Ferdnand iaitu pewaris tahkta Austri-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia
4. Nyatakan kesan politik Perang Dunia Pertama?
- Dari segi politik telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
5. Nyatakan kesan-kesan Perjanjian Versailles
- Mengubah peta Eropah
- Membentuk beberapa buah negara baru
- Pembentukan Liga Bangsa
6. Apakah tujuan penubuhan Liga Bangsa?
- Untuk mengalakkan keamanan kerjasama antarabangsa
- Menjamin keselamatan bersama
7. Apakah kegagalan Liga Bangsa?
- Gagal menjamin kesejahteraan dunia
- Menghalang kuasa besar daripada melakukan pencerobohan
8. Jelaskan kesan ekonomi dan sosial Perang Dunia Pertama
- Negara-negara yang berperang mengalami inflasi dan berhutang peperangan yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar
- Masalah inflasi dan pengganguran
- Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
- British kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya
- Kehilangan nyawa yang begitu ramai
9. Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua
- Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama
- Perubahan politik yang berlaku di Jerman, Italy
- Kemelesetan yang berlaku pada awal tahun 1930-an
10. Apakah kesan perjanjian Versailles terhadap Jerman?
- Pemimpin Jerman tidak berpuas hati
- Jerman kehilangan tanah jajahannya
- Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi
- Jerman juga diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya