Sejarah Tingkatan 5
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ahli?
- - Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu
2. Apakah faedah sistem ahli?
- - Akan menggurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya
3. Nyatakan ciri-ciri sistem ahli
- - Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk
- - Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai ahli. Contoh Ahli Hal Ehwal dalam Negeri
- - Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya tinggi British dengan persetujuan majlis Raja-raja Melayu
- - Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota iaitu lima orang penduduk tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris
- - Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya tinggi British
4. Jelaskan tugas sistem ahli
- - Ahli yang dilantik diberi tugas satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan
- - Menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada
- - Bertanggungjawab mencadangkan undung-undang yang berkaitan dengan jabatannya
5. Nyatakan kepentingan sistem ahli
- - Tapak asas yang penitng untuk melatih orang tempatan ke arah kerajaan sendiri
- - Memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan tanah Melayu
- - Asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai
- - Memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir/menerajui kerajaan
6. Apakah yang dimaksudkan dengan Pakatan Murni?
- - Usaha semua kaum di tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
7. Apakah kebaikan Pakatan Murni?
- - Jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum
8. Jelaskan usaha-usaha mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk Tanah Melayu
- - Penubuhan jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
- - Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu seperti dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar
- - Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
- - Penubuhan Persidangan Kebangsaan
9. Mengapakah IMP tidak mendapat sambutan daripada kaum Cina,India dan kaum-kaum lain di Tanah Melayu?
- - Mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah satu bangsa Tanah Melayu
- - Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka
10. Nyatakan hasil daripada perundingan UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (CLC)
- - Penubuhan Lembaga Industri Desa (RIDA)
- - Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigren yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu
- - Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai