Sejarah Tingkatan 5
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan British memperkenalkan Malayan Union?
- Sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri
- Menjimatkan kos pentadbiran
- Membentuk bangsa Malayan Union
- Mengawal kuasa politik orang Melayu
- Suapaya dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan Tanah Melayu tidak terbantut
- Dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi di Tanah Melayu
2. Nyatakan ciri-ciri utama kerakyatan Malayan Union
- Jus Soli iaitu sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura layak menjadi rakyat Malayan Union
- Mereka yang berumur 18tahun ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberi kerakyatan
- Berumur kurang daripada 18 tahun, anak kepada warganegara layak diberi kerakyatan
- Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat Malayan Union
3. Mengapakah penghakisan kuasa Raja-raja Melayu ditentang oleh orang Melayu?
- Raja-raja Melayu hanya menjadi Ahli majlis Raja-raja tanpa sebarang kuasa
- Raja-raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
- Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabnor Malayan Union
- Agama Islam akan tercabar
4. Mengapakah orang Melayu menolak pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang?
- Mengancam status quo orang Melayu sebagai pribumi
- Jumlah orang Melayu akan mejadi kecil
- Ekonomi dan pendidikan mereka akan menjadi mundur
5. Mengapakah orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong Malayan Union?
- Bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah parti politik untuk melicinkan pentadbiran
- Menyokong dasar sama rata malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu
- Boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing dengan menyokong dasar kerakyatan Malayan Union
- Mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
6. Bagaimanakah orang Melayu membantah Malayan Union?
- Akhbar-akhbar Melayu sepert Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara menyuarakan bantahan secara berterusan
- Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara damai semaa Harold MacMichael mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu
- Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula dengan menghangar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
- Dato’Onn menyeru orang Melayu berkongres
- Kongres Melayu yang pertama dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu
- Kongres berjaya menubuhkan UMNO/Pertubuhan Kebangsaan melayu Bersatu
- Kongres yang kedua untuk membantah pengishtiharan Malayan Union
- Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan kepada wakil ahli parlimen British
- Raja-raja melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan kepada ahli parlimen British
7. Nyatakan ciri-ciri golonan Melayu radikal
- Kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi
- Mendokong penubuhan negara Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya
- Kebanyakkan berasal dari Indonesia
8. Nyatakan lima tuntutan orang Melayu terhadap british
- Raja-raja melayu dan UMNO menolak semua prinsip struktur Malayan Union
- Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti Negeri-negeri Melayu Bersekutu
- Mereka menolak kerakyatan terbuka MalayanUnion
- Meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu ipulihkan
- Menuntut supaya Raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui semula
9. Mengapakah British menerima Persekutuan Tanah Melayu?
- UMNO dan Raja-raja Melayu hanya menuntut rundingan
- Mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada british
- British bimbang orag Melayu akan dipengaruhi oleh politik Indonesia yang radikal
- Piagam PBB tidak emnggalakan penjajahan baru
- PBB meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan
10. Mengapakah perundingan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ditentang?
- Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak
- Tidak ada perwakilan orang dagang. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh