Tuesday, January 4, 2011

BAB 3 TINGKATAN 5

Sejarah Tingkatan 5 

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA




1.     Jelaskan kedudukan raja dalam kerajaan Melayu tradisional

  • -       Tinggi dan istimewa
  • -       Bertanggungjawab memberi perlindungan politik
  • -       Menjamin kesemalatan rakyat yang mendiami wilayahnya
  • -       Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan mengakui kekuasaan raja
  • -       Kesetiaan rakyat merupakan sempadan kerajaan
  • -       Kerajaan yang kuat akan menakluk/menaungi kerajaan yang lemah


2.     Nyatakan ciri-ciri pembentukan negara bangsa madnah

  • -       Melalui prinsip Islam
  • -       Mewujudkan Piagam Madinah
  • -       Cara doplomasi/musyawarah/permuafakatan


3.     Apakah faktor yang menentukan kejayaan pembentukan kerajaan Islam di Madinah?

  • -       Wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat


4.     Pembentukan dan kemerdekaan negara kita

  • -       Kebijaksanaan pemimpin
  • -       Tidak melibat pertumpahan darah
  • -       Melalui rundingan
  • -       Pakatan murni
  • -       Tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar di negara ini


5.     Apakah yang dimaksudkan dengan negara bangsa kerajaan dan perlembagaan

Maksud negara

  • -       Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa
  • -       Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
  • -       Institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat/melaksanakan keputusan politik
  • -       Menguatkuasakan undang-undang/peraturan kerajaan

Maksud bangsa

  • -       Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah
  • -       Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah

Maksud kerajaan

  • -       Institusi pemerntahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara
  • -       Institusi pemerintahan ini merangkumi semua badan yang membuat/mentafsir/melaksanakan dasar tersebut
  • -       Kerajaan bertindak sebagai pengaman/penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara
  • -       Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan pemerintah iaitu Badan Perundangan, Badan pelaksanaan dan Badan Kehakiman

Maksud perlembagaan

  • -       Peraturan tertinggi sama ada bertulis/tidak bertulis
  • -       Menjadi rujukan/panduan bagi mentadbir/memerintah negara

Di Malaysia perlembagaan

  • -       Peraturan bertulis tertinggi
  • -       Didokumenkan/dijadikan rujukan untuk mentadbir negara
  • -       Tujuannya untuk memberi jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini



6.     Apakah maksud wilayah pengaruh dalam negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

  • -       Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja


7.     Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan?

  • -       Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
  • -       Kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak
  • -       Kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara/pemerintah
  • -       Memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan/paksaan/taklukan/penjajahan kuasa asing
  • -       Pemerintahan boleh menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk menggubal/menguatkuasa undang-undang


8.     Apakah maksud kedaulatan dalam konteks kesultanan melayu Melaka?

  • -       Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah
  • -       Raja yang memerintah mewakili negeri/kawasan pemerintahan



9.     Nyatakan kepentingan undang-undang dalam pembentukan negara dan bangsa

  • -       Penguatkuasaan undang-undang cara formal untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang diwartakan
  • -       Untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat
  • -       Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan/kehakiman/bahasa/agama/kerakyatan diterim oleh masyarakat


10.     Jelskan undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

  • -       Dua sumber undang-undang bertulis
  • -       Dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam