Tuesday, January 4, 2011

BAB 1 TINGKATAN 5

Sejarah Tingkatan 5 

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA





1.     Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?
  • -       Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya
  • -       Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu


2.     Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi imperialisme Barat di Asia Tenggara? 
  • -       Kedudukan Asia Tenggara yang strategik kerana terletak di antara China dan India
  • -       Tanah yang subur
  • -       Mempunyai bahan mentah seperti bijih timah
  • -       Menjamin pasaran yang luas
  • -       Kepesatan sektor perindustrian di Eropah
  • -       Eropah memerlukan pelbagai bahan mentah seperti bijih timah
  • -       Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
  • -       Penggunaan kapal berkuasa wap membawa muatan yang banyak
  • -       Pembukaan Terusan Suez mempercepatkan perjalanan antara Timur dn Barat
  • -       Penciptaan telegraf
  • -       Persaiagan antara kuasa-kuasa Barat
  • -       Slogan beban orang putih- bertanggungjawab untuk memajukan orang Timur
  • -       Menyebar agama Kristian



3.     Huraikan sistem Birokrasi barat yang diperkenalkan di Tanah Melayu
  • -       Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat
  • -       Gabnor pemerintah tertinggi di Negeri-negeri Selat
  • -       Gabnor dibantu oleh Residen Kaunselor
  • -       Pentadbiran peringkat kampung diketuai oleh penghulu
  • -       Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu hasil gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan  Pahang
  • -       British memperkenalkan Sistem residen di NNMB
  • -       Sistem Penasihat di NNMTB (Kedah, Kelantan, Perlis, Johor dan Terangganu)
  • -       Residen menasihati sultan dalam semua hal kecuali agama dan adat resam
  • -       Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabnor NNS
  • -       Memperkenalkan sistem kehakiman barat, pelaksanaan sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis



4.     Jelaskan perubahan sistem pentadbiran di Burma selepas penjajahan British 
  • -       Berakhirnya sistem pemerintahan Kombaung
  • -       Institusi raja tersingkir
  • -       Jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus
  • -       Memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma
  • -       Undang-undang Barat diperkenalkan
  • -       Pengaruh agama Buddha terhapus


5.     Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
  • -       Perasaan cinta akan bangsa dan negara
  • -       Gerakan membebaskan tanah air
  • -       Pembebasan kuasa politik, cengkaman ekonomi dan kebudayaan


6.     Jelaskan faktor-faktor yang memunculkan nasionalisme di Asia Tenggara 
  • -       Dasar penjajah Barat menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat
  • -       Sistem birikrasi Barat tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan
  • -       Rakyat tempatan kekal dalam sistem sokonomi tradisional
  • -       Penjajah mewujudkan jurang sosial – mereka layak bergaul dengan golongan elit tempatan
  • -       Kemasukan imigran rakyat tempatan tidak puas hati
  • -       Agama berjaya menyatukan rakyat tempatan menghadapi penindasan/kebudayaan Barat/agama Kristian
  • -       Karya kesusasteraan di Asia Tenggara
  • -       Sistem pendidikan-penjajah mengamalkan pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan
  • -       Kemunculan golongan intelektual yang mendapat pendidikan di Barat dan Asia Barat
  • -       Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah
  • -       Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
  • -       Pengaruh luar seperti kejayaan Jepun menewaskan China dan perjuangan Mahatma Gandhi di India menetang British


7.     Jelaskan perkembangan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara

  • -       Penentangan masyarakat secara terbuka
  • -       Bersifat setempat
  • -       Tidak berorganisasi
  • -       Isu-isu kebudayaan, agama dan hak pribumi
  • -       Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia barat
  • -       Menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik
  • -       Menuntut hak mereka dikembalikan
  • -       Taraf hidup mereka dibaiki
  • -       Tidak meminta kemerdekaan dengan segera


 8.     Huraikan gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara
  • -       Lebih radikal dan berorganisasi
  • -       Pemimpin golongan yang berpendidikan/berpengetahuan dalam bidang kebudayaan/ilmu pengetahuan barat
  • -       matlamat perjuangan jelas
  • -       menuntut kemerdekaan/membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat


9.     Jelaskan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina
  • -       Gerakan dakyah
  • -       Dipimpin oleh Jose Rizal
  • -       Mendapat sokongan daripada golongan pertangahan yang berpendidikan Barat
  • -       Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
  • -       Bangsa Filipina diberi hak yang sama
  • -       Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara


10.     Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina
  • -       Penubuhan katipunan oleh Andres Banifacio
  • -       Penentangan secara radikal
  • -       Matlamat perjuangan untuk menyatukan bangsa Filipina
  • -       Mencapai kemerdekaan melalui revolusi
  • -       Media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi
  • -       Melancarkan revolusi bersenjata