Tuesday, January 4, 2011

BAB 5 TINGKATAN 5

Sejarah Tingkatan 5

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA



1.     Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ahli?

  • -       Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu


2.     Apakah faedah sistem ahli? 

  • -       Akan menggurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya


3.     Nyatakan ciri-ciri sistem ahli 

  • -       Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk
  • -       Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai ahli. Contoh Ahli Hal Ehwal dalam Negeri
  • -       Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya tinggi British dengan persetujuan majlis Raja-raja Melayu
  • -       Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota iaitu lima orang penduduk tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris
  • -       Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya tinggi British


4.     Jelaskan tugas sistem ahli 

  • -       Ahli yang dilantik diberi tugas satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan
  • -       Menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada
  • -       Bertanggungjawab mencadangkan undung-undang yang berkaitan dengan jabatannya


5.     Nyatakan kepentingan sistem ahli

  • -       Tapak asas yang penitng untuk melatih orang tempatan ke arah kerajaan sendiri
  • -       Memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan tanah Melayu
  • -       Asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai
  • -       Memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir/menerajui kerajaan


6.     Apakah yang dimaksudkan dengan Pakatan Murni?

  • -       Usaha semua kaum di tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan


7.     Apakah kebaikan Pakatan Murni? 

  • -       Jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum


8.     Jelaskan usaha-usaha mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk Tanah Melayu

  • -       Penubuhan jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
  • -       Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu seperti dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar
  • -       Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
  • -       Penubuhan Persidangan Kebangsaan


9.     Mengapakah IMP tidak mendapat sambutan daripada kaum Cina,India dan kaum-kaum lain di Tanah Melayu?

  • -       Mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah satu bangsa Tanah Melayu
  • -       Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka
  •  

10.  Nyatakan hasil daripada perundingan UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (CLC)

  • -       Penubuhan Lembaga Industri Desa (RIDA)
  • -       Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigren yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu
  • -       Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai