Tuesday, January 4, 2011

BAB 2 TINGKATAN 5

 Sejarah Tingkatan 5

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA





1.     Apakah yang anda faham tentang gerakan nasionalisme?

  • -       Usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar


2.     Apakah yang mendorong nasionalis menentang penjajah?

  • -       Hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah


3.     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah masyarakat tempatan menentang penjajahan British?

  • -       Dasar penaklukan British terhadap Negeri-negeri Melayu untuk mengukuhkan politiknya
  • -       Kawasan taklukannya akan terikat dengan perintah dan peraturannya
  • -       Hasrat British untuk mengusai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka melalui perjanjian
  • -       British telah melaksanakan sistem pentadbiran Barat yang bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan
  • -       British mencampuri dalam adat resam tempatan- British memaksa masyarakat tempatan menerima nilai-nilai yang bertentangan budaya tempatan
  • -       Pemimpin tempatan hilang kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah
  • -       Pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan masyarakat tempatan


4.     Jelaskan kedudukan dan kuasa pemimpin tempatan sebelum penjajahan British

  • -       Kebanyakkan pemimpin tempatan dilantik oleh sultan/masyarakat untuk mentadbir kawasan tersebut
  • -       Pemimpin berkuasa menjaga hal ehwal daerahnya seperti perundangan/pentadbiran/ekonomi/sosial

5.     Perjuangan tokoh-tokoh masa lampau menentang penjajahan British patut kita contohi. Jelaskan.

  • -       Mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang tinggi
  • -       Sanggup berkorban untuk bangsa
  • -       Sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut menentang penjajah telah menyumbangkan kejayaan
  • -       Sikap berdisplin dan gigih berusaha menghasilkan perjuangan yang berjaya
  • -       Kekalahan mereka dalam perjuangan kerana kekurangan ilmu dan senjata moden

6.     Apakah faktor-faktor yang memangkinkan nasionalisme di negara kita sehingga perang dunia kedua?
  •  
  • -       Pengenalan sistem politik Barat
  • -       Memusnahkan sistem politik tradisional
  • -       Residen mengambil alih pentadbiran pembesar tempatan
  • -       Perubahan ini dianggap menjatuhkan maruah mereka
  • -       Sistem pendidikan inggeris dan vernakular Melayu melahirkan golongan intelek Melayu
  • -       Menggunakan idea baru untuk menolak penjajah Barat
  • -       Dasar British dalam pentadbiran di Tanah Melayu
  • -       Kemasukan imigran memberi persaingan penduduk tempatan
  • -       Memundurkan taraf hidup orang Melayu
  • -       Penduduk Jepun di tanah Melayu
  • -       Kesengsaraan hidup semasa Jepun menimbulkan kebencian kepada penjajah sama ada Barat atau Timur
  • -       Penguasaan Parti Komunis Malaya
  • -       PKM bertindak kejam
  • -       Kemnculan mesin cetak
  • -       Idea menentang penjajah disebar melalui buku/akhbar/majalah/kitab agama
  • -       Gerakan Pan-Islamisme sedunia-lebih progresif menentang penjajahan Barat
  • -       Gerakan pelajar islam seluruh dunia
  • -       Kesedaran politik di Asia Tenggara
  • -       Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu


7.     Bagaimanakah penguasaan Parti Komunis Malaya telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu?

  • -       PKM menguasai balai polis
  • -       PKM memerintah dengan kejam
  • -       PKM membunuh/menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun
  • -       Mencetus konflik perkauman
  • -       Ramai orang melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar


8.     Nyatakan ciri-ciri gerakan Pan-Islamisme

  • -       Gerakan intelektual Islamn seluruh dunia
  • -       Tujuannya membangkitkan fahaman yang lebih progresif menentang penjajahan Barat ke atas negara Islam
  • -       Didokong oleh pelajar Islam seluruh dunia
  • -       Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh
  • -       Menekankan kepentingan dunia dan akhirat
  • -       Mendorong umatnya menuju kejayaan
  • -       Idea tersebar melalui majalah al-Manar


9.     Bagaimanakah kesedaran politik di Indonesia telah mempengaruhi nasionalisme di Tanah Melayu?

  • -       Melahirkan ramai golongan intektual
  • -       Katya Indonesia menjadi bahan bacaan masyarakat di Tanah Melayu


10.     Jelaskan ciri-ciri Gerakan Islah?

  • -       Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
  • -       Pendorongnya ialah Sheikh Tahir Jalaludin/Syed Sheikh al-Hadi/Dr.Burhanuddin al-Helmi
  • -       Terkenal dengan nama Kaum Muda
  • -       Saluran gerakan ini ialah akhbar dan majalah seperti al-Iman/Neraca/Idaran Zaman/Pengasuh