Tuesday, January 4, 2011

BAB 4 TINGKATAN 5

Sejarah Tingkatan 5

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA



1.     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan British memperkenalkan Malayan Union?

-       Sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri
-       Menjimatkan kos pentadbiran
-       Membentuk bangsa Malayan Union
-       Mengawal kuasa politik orang Melayu
-       Suapaya dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan Tanah Melayu tidak terbantut
-       Dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi di Tanah Melayu



2.     Nyatakan ciri-ciri utama kerakyatan Malayan Union

-       Jus Soli iaitu sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura layak menjadi rakyat Malayan Union
-       Mereka yang berumur 18tahun ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberi kerakyatan
-       Berumur kurang daripada 18 tahun, anak kepada warganegara layak diberi kerakyatan
-       Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat Malayan Union



3.     Mengapakah penghakisan kuasa Raja-raja Melayu ditentang oleh orang Melayu? 

-       Raja-raja Melayu hanya menjadi Ahli majlis Raja-raja tanpa sebarang kuasa
-       Raja-raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
-       Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabnor Malayan Union
-       Agama Islam akan tercabar


4.     Mengapakah orang Melayu menolak pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang? 

-       Mengancam status quo orang Melayu sebagai pribumi
-       Jumlah orang Melayu akan mejadi kecil
-       Ekonomi dan pendidikan mereka akan menjadi mundur


5.     Mengapakah orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong Malayan Union?

-       Bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah parti politik untuk melicinkan pentadbiran
-       Menyokong dasar sama rata malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu
-       Boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing dengan menyokong dasar kerakyatan Malayan Union
-       Mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu


6.     Bagaimanakah orang Melayu membantah Malayan Union?

-       Akhbar-akhbar Melayu sepert Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara menyuarakan bantahan secara berterusan
-       Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara damai semaa Harold MacMichael mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu
-       Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula dengan menghangar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
-       Dato’Onn menyeru orang Melayu berkongres
-       Kongres Melayu yang pertama dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu
-       Kongres berjaya menubuhkan UMNO/Pertubuhan Kebangsaan melayu Bersatu
-       Kongres yang kedua untuk membantah pengishtiharan Malayan Union
-       Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan kepada wakil ahli parlimen British
-       Raja-raja melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan kepada ahli parlimen British



7.     Nyatakan ciri-ciri golonan Melayu radikal

-       Kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi
-       Mendokong penubuhan negara Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya
-       Kebanyakkan berasal dari Indonesia


8.     Nyatakan lima tuntutan orang Melayu terhadap british

-       Raja-raja melayu dan UMNO menolak semua prinsip struktur Malayan Union
-       Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti Negeri-negeri Melayu Bersekutu
-       Mereka menolak kerakyatan terbuka MalayanUnion
-       Meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu ipulihkan
-       Menuntut supaya Raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui semula


9.     Mengapakah British menerima Persekutuan Tanah Melayu?

-       UMNO dan Raja-raja Melayu hanya menuntut rundingan
-       Mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada british
-       British bimbang orag Melayu akan dipengaruhi oleh politik Indonesia yang radikal
-       Piagam PBB tidak emnggalakan penjajahan baru
-       PBB meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan


10.     Mengapakah perundingan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ditentang? 

-       Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak
-       Tidak ada perwakilan orang dagang. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh