Tuesday, January 4, 2011

BAB 6 TINGKATAN 5

 Sejarah Tingkatan 5


PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

 
1.     Cadangan pembentukan Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalam negri dan di kalangan luar negara.

a.     Apakah reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuan Malaysia?

  • -       Persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu/memimpin negeri-negeri anggota
  • -       Kebanyakkan parti politik menyokong idea ini
  • -       Terdapat perbezaan pendapat tentang pelaksanaannya
  • -       Parti Islam se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu
  • -       UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura


b.    Apakah reaksi Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei terhadap pembentukan Malaysia?

Reaksi Singapura
  • -       Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong
  • -       Barisan Sosialismenentang dan menganggap pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru
  • -       Barisan Sosialis menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu
  • -       Pandangan Barisan Sosialis disokong oleh Parti Buruh dan Parti Rakyat Bersatu

Reaksi sarawak
  • -       Kesemua parti politik di Sarawak menyokong Sarawak menyertai Malaysia
  • -       SUPP menentang

Reaksi Sabah
  • -       Penubuhan beberapa buah parti politik bertujuan mengemukakan pandangan
  • -       Kesemua parti politik di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia

Reaksi Brunei
  • -       Pada dasarnya Sultan Brunei menyokong gagasan Malaysia
  • -       Parti Rakyat Brunei menentang gagasan Malaysia
  • -       Anggota Parti Rakyat Brunei mengganggap gagasan Malaysia satu bentuk neokolonialisme


2.     Apakah reaksi Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia?

Reaksi Indonesia
  • -       Membantah pembentukan Malaysia
  • -       Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia
  • -       Indonesia mengisytiharkan dasar konfrantasi

Reaksi Filipina
  • -       Kerajaan Filipina mnuntut hak terhadap Sabah
  • -       Filipina mendakwa Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu


3.     Bagaimanakah Malaysia menghadapi dasar konfrantasi Indonesia?

  • -       Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel
  • -       Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB
  • -       Mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia


4.     Huraikan langkah-langkah pembentukan Malaysia

  • -       Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak, Sabah dan brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
  • -       Rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura
  • -       Penubuhan Jawatankuasa Perundingan perpaduan Kaum / JPPK


5.     Nyatakan peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum

  • -       Menerangkan kepada orang ramai tdentang gagasan Malaysia
  • -       Mengumpulkan pandangan penduduk
  • -       Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
  • -       Bermesyuarat sebanyak empat kali


6.     Jelaskan peranan Suruhanjaya Cobbold

  • -       Peninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
  • -       Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British
  • -       Menerima memorandum yiang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan


7.     Jelaskan hasil laporan Suruhanjaya Cobbold Jun 1962

  • -       Satu pertiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
  • -       Satu pertiga menyokong dengan syarat
  • -       Satu pertiga menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia


8.  Apakah cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold?

  • -       Perlembagaan Malaysia yang baru haruslah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
  • -       Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresennya
  • -       Bahasa melayu dijadikan baasa kebangsaan
  • -       Jaminan terhadap hak dan kesusukuan bumiputera Sarawak dan Sabah
  • -       Pemberian nama Malaysia kepada negara baru dibentuk
  • -       Penentuan tarikh penubuhan Malaysia


9.  Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menangai penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia?

  • -       Perjumpaan tiga pihak yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan
  • -       Sidang kemuncak antara ketua kerajaan
  • -       Penubuhan MAPHILINDO
  • -       Ketiga-tiga negara bersetuju mencari jalan penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu



10.     Apakah kepentingan kejayaan pembentukan Malaysia

  • -       Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik Tanah Melayu, Sarawak,Sabah dan Singapura
  • -       Tekanan pihak komunis, Filipina dan Indonesia dapat ditangis melalui diplomasi politik yang dijalankan oleh kerajaan PTM dan British
  • -       Melibatkan kerjasama serantau dan antarabangsa